@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Jumaat, Julai 01, 2011

Manisnya Kurma Ini VS Semanis Kurma

Akhirnya, melangkaui jangkaan awal bahawa JOZAN akan muncul juara, SEPAH akhirnya berjaya memintas di hujung simpang untuk merangkul gelaran tersebut. Meskipun undian awal sebelum bermula persaingan di peringkat akhir lebih memihak kepada JOZAN, tuah manusia sememangnya tidak siapa pun yang tahu. Maka RM350,000 sememangnya hak milik mutlak SEPAH selaku Juara Maharaja Lawak!

Namun begitu, lawak mereka yang mengaitkan program 'Semanis Kurma' yang popular di TV9 rupa-rupanya mengundang kontroversi. Aksi Shuib & Jep terutamanya yang meniru karakter Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami Ustaz Wan Akashah di dalam program Semanis Kurma nyata tidak disenangi oleh banyak pihak. Ish, kontroversi pulak dah! Ye ke tu?

Dah baca kenyataan Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Facebook ini? Syukur Alhamdulillah, sejuk hati membaca kenyataan beliau itu. Nyata sekali kontroversi yang dicipta hanyalah oleh orang disekeliling namun dapat diterima baik oleh si empunya badan tanpa rasa kecil hati. Cayalah! Manisnya Kurma Ini...Haaaaaa!!

1 ulasan: