@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Ahad, Julai 03, 2011

Penjelasan Nurul Ain Nordin Terhadap Poster Berahi Beliau!


Filem 'Suatu Malam Kubur Berasap (SMKB)'

"Inilah poster sebenar yang mana telah pun mendapat pelepasan daripada LPF Malaysia. Apa pun jangan lupa saksikan SUATU MALAM KUBUR BERASAP...!

Baca dengan lanjut penjelasan Nurul Ain Nordin tentang kontroversi aksi berahi beliau di  http://gnolaqeda.blogspot.com/2011_05_01_archive.html

Jumaat, Julai 01, 2011

Manisnya Kurma Ini VS Semanis Kurma

Akhirnya, melangkaui jangkaan awal bahawa JOZAN akan muncul juara, SEPAH akhirnya berjaya memintas di hujung simpang untuk merangkul gelaran tersebut. Meskipun undian awal sebelum bermula persaingan di peringkat akhir lebih memihak kepada JOZAN, tuah manusia sememangnya tidak siapa pun yang tahu. Maka RM350,000 sememangnya hak milik mutlak SEPAH selaku Juara Maharaja Lawak!

Namun begitu, lawak mereka yang mengaitkan program 'Semanis Kurma' yang popular di TV9 rupa-rupanya mengundang kontroversi. Aksi Shuib & Jep terutamanya yang meniru karakter Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami Ustaz Wan Akashah di dalam program Semanis Kurma nyata tidak disenangi oleh banyak pihak. Ish, kontroversi pulak dah! Ye ke tu?

Dah baca kenyataan Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Facebook ini? Syukur Alhamdulillah, sejuk hati membaca kenyataan beliau itu. Nyata sekali kontroversi yang dicipta hanyalah oleh orang disekeliling namun dapat diterima baik oleh si empunya badan tanpa rasa kecil hati. Cayalah! Manisnya Kurma Ini...Haaaaaa!!

Khamis, Jun 30, 2011

:::KAFE ISU SEMASA:::: Salih Yaacob Bengang...Mengapa?

:::KAFE ISU SEMASA:::: Salih Yaacob Bengang...Mengapa?

LEMAH nada suaranya di hujung talian. Jika sebelum ini tutur bicaranya sering disulami dengan lawan jenaka, tetapi ketika dihubungi Hip Isnin lalu, hanya keluhan yang kedengaran. 

Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu.