@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Ahad, November 15, 2009

Luar Dari Kebiasaan?

Di suatu hari minggu tatkala seorang suami menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anaknya ketika isterinya terpaksa bekerja...Sang suami melakukan kerja2 rutin sebagai seorang suri yg pada kebiasaannya merupakan tugas total si isteri. Lalu peristiwa ini bagi sang lelaki yg lainnya dianggap suatu yg tidak sepatutnya berlaku, janggal, pelik atau mungkin jelek...Luar dari kebiasaan!

Dalam zaman moden yg penuh mencabar ini lebih2 lg hidup di kota, aku percaya bahawa sumber kewangan keluarga di jana oleh kedua-duanya, sang suami dan juga si isteri. Setiap sesen yg diperoleh adakalanya tidak mencerminkan keinginan dan kemahuan...Apa yg diperoleh semata-mata untuk memenuhi tuntutan hidup bagi merealisasikan keperluan...Bukan kemewahan! Ini zamannya manusia bekerja suami isteri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika mencari nafkah itu sudah menjadi perkongsian dan bukan lagi terbeban di bahu sang suami semata-mata, mengapa pula kerja2 'kuno' kononnya seperti memasak, membasuh baju, melipat kain, menjaga anak dll itu harus dibeban, dibiar, diserah dan dipertanggungjawabkan pada si isteri seorang diri?

Maka terpaksalah aku berpijak di bumi nyata...Teruskan kebiasaan aku walaupun pada segelintir yg lain ianya luar dari kebiasaan...Biarlah mereka berkata apa sahaja...Menarilah dan teruslah tertawa! Walaupun mungkin tawamu itu membuatkan isterimu menangis...Memendam rasa menahan guris...Melakar luka, hati terhiris! Mungkin dikau tak sedar yg airmatanya pernah menitis...

Marilah kita sang suami, lontarkan ego dan pandang sinis...Tidakkah kamu sayang padanya? Kongsi dan rentaslah bersamanya, sesungguhnya dia si Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri sang Adam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan