@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."
Memaparkan catatan dengan label Jalan Cari Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Cari Makan. Papar semua catatan

Khamis, Jun 10, 2010

Kedai Makan Andri – Nasi Padang Masakan Minang

Kalau dah terlanjur ke Tg. Malim dan sampai ngam2 waktu makan tengahari, aku secara sukarelanya mencadangkan korang untuk makan kat satu kedai ni…Kedai ni kalau dipandang dari luar sahaja tanpa mengetahui keistimewaannya, toksah harap la korang singgah…Aku jamin! Kedai ni aku tak tahu tang mana silapnya, memang nampak buruk bebeno luarannya. Tapi kalau dilihat deretan kereta yang menjalar di sepanjang jalan dek kerananya, silap-silap korang ingat itu tempat jual kereta mewah sebab yang berpangkat dan berharta pun berkerumun lunch kat sini!
             
Kedai ni bernama Kedai Makan Andri – Nasi Padang Masakan Minang! Langkah aje kaki ke dalamnya, dah terbau dah aroma masakannya yang menggetarkan jiwa…Kawan aku yang mengaku tak berapa lapar tu pun nampak kebulur tiba-tiba dek penangan lauk pauk yang berbagai lagi menyelerakan!

Sebut aje segala jenis masakan kampung, semuanya tersedia kat sini...Ayam kampung; ikan baung; ikan seluang; ikan haruan; ikan keli; udang galah; ulam-ulaman & berbagai-bagai lagilah! Lauk pauk yang dimasak dalam pelbagai variasi masakan minang ni menggunakan dapur kayu betul-betul membangkitkan nafsu makan hingga jiwa tak keruan untuk memilih yang mana satu untuk dijadikan bahan santapan. Kat sini korang akan makan berhidang, sesuai dengan nama kedainya...Nasi padang, masakan Minang!

Satu perkara yang perlu ditekankan sekiranya anda berhajat untuk makan disini adalah mengenai waktu perniagaannya...Kedai makan ini mulai dibuka tepat jam 1 petang dan korang merupakan antara yang malang sekiranya menjejak kaki ke kedai ini melewati jam 2.30 petang kerana kebanyakan lauknya sudah kering dan kontang...Memang laris sesangat, percayalah! Jangan tak tau yang Mat dan Minah Salleh pun ramai gak yang berkunjung ke sini...Pakcik Anas sendiri turut menunjukkan aku keratan akhbar dan cetakan berita yang diperolehinya dari internet, yang pastinya ditulis oleh salah seorang pengunjungnya. Salah satunya boleh korang lihat di http://eatingasia.typepad.com dengan merujuk entry bertajuk Who’s Andri? bertarikh 22 Mac 2007...Cayalah!

Kepingin nak datang? Senang sesangat...Tak jauh dari Restoran Yik Mun! Begini caranya; Melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda perlu keluar di Plaza Tol Tg. Malim...Melepasi tol, ikut tanda arah untuk ke Tg. Malim, sehinggalah anda bertemu persimpangan lampu isyarat (simpang empat)…Terus sahaja ikut jalan menghala ke Slim River sejauh 2 kilometer! Anda akan temui kedai makan ini berada di sebelah kanan anda berjiran dengan Sek. Men. Keb. Khir Johari…Untuk ke kedai ni, sila buat pusingan U! Itu ajelah yang I nak beritahu U…


Pau Yik Mun

Sapa la agaknya budak Cina ni? Tak pernah la pulak aku dengar nama ni? Artis ke? Ahli sukan Wushu negara ke? Ke bukan orang Malaysia? Bintang filem kung fu kot! Ish, tak la aku rasa…Kalau Wong Fei Hung tu ye la jugak, ni lain macam je ni…Ke budak satu sekolah dengan aku dulu? 

KihKih…Banyak la aku punya mukadimah… Buat-buat bodoh pulak kat situ! Saja je aku tulis camtu sebab masa tulis tajuk tadi, aku gabungkan nama makanan dengan nama kedainya…Sekali bole jadi nama Cina la pulak, HaHa! Tu yang aku create permulaan cerita macam tu…Banyak main la pulak aku kali ni!

Korang pernah dengar ke tentang pau yang famous kat Tg. Malim ni? Takkan kawan2 korang yang belajar kat Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tak pernah cerita…Atau mungkin suku sakat korang yang kerja kat kilang PROTON saja tak nak beritahu korang? Ish, Ish…Kesian! Korang tau tak ada yang datang  dari Kuala Lumpur ke restoran ni semata-mata nak makan pau ni aje…Dan ketahuilah juga bahawa restoran yang telah dibuka sejak tahun 1926 ni juga dulunya menjadi tempat persinggahan orang-orang kenamaan dan selebriti kerana kehebatan rasa paunya tu…Antaranya; Allahyarham Tun Ghaffar Baba, Allahyarham Datuk Senu Abd. Rahman, Allahyarham Tun Abd. Razak bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang, kartunis terkemuka Datuk Lat dan ramai lagi…


Kalau ada yang tertanya-tanya ini restoran Cina ke Melayu, tengok dia punya nama pun dah mampu menjawab kekeliruan korang…Tapi aku matikan pertanyaan korang tu dengan memaklumkan bahawa restoran ini telahpun mendapat pengesahan Sijil Halal JAKIM dan pekerja-pekerjanya pun adalah Melayu…Maka bangsa Melayu jugaklah yang paling ramai bertandang ke sini untuk menjamu selera! Jika korang merasakan tidak berbaloi ke sini semata-mata nak makan pau walaupun sedap, ketahuilah juga yang restoran ini turut berkembang menunya mengikut peredaran masa dan senarai makanan yang dijual di premis ini aku tunjukkan dalam gambar kat bawah…Tapi tak semua la ye!

Err, apa perasaan aku tatkala suapan pertama pau Yik Mun ini melewati tekak? Meh sini aku kongsikan dengan korang; Perghh!! Memang ho liao, HeHe! Kelembutan pau ini dengan keenakan inti kacangnya  (kacang paling sedap selain kaya & kari ayam) nyata ada kelasnya yang tersendiri…Disatukan pulak dengan kopi ala kampung, kombinasi ini sememangnya yang terbaik dari ladang, Wakakaka!!

Tertarik untuk menikmatinya? Mudah sangat untuk mengunjungi Restoran Yik Mun ni! Melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda perlu keluar di Plaza Tol Tg. Malim...Melepasi tol, ikut tanda arah untuk ke Tg. Malim, sehinggalah anda bertemu persimpangan lampu isyarat (simpang empat)...Restoran Yik Mun  'The Famous Tg. Malim Pau' betul2 berada di sebelah kanan anda, di sudut deretan rumah kedai dua tingkat...Renung-renungkan dan selamat beramal, HaHa!


Isnin, Mei 31, 2010

Belangkas

‘Macam belangkas’ adalah perumpamaan Melayu yang merujuk kepada perlakuan sepasang lelaki dan perempuan yang pada kebiasaannya merupakan pasangan kekasih yang sering berdua walau di mana dan ke mana sahaja seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Perumpamaan ini sudah biasa kita dengar tetapi bagaimana bentuk dan rupa belangkas itu yang mungkin tidak diketahui oleh sesetengah orang…

Belangkas merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut masin namun boleh juga di dapati di kawasan paya air tawar. Perumpamaan ‘macam belangkas’ digunapakai merujuk kepada sifat belangkas itu sendiri yang sering berdua-duaan, jantan dan betina. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit dan tentunya tidak berbahaya kepada manusia. Di sebalik ‘wajah’ bengis dan menyerupai topi perisai tentera ini, ketahuilah juga bahawasanya belangkas ini boleh di makan dan kian menjadi santapan popular di sesetengah tempat. Salah satu tempat yang menjadikan belangkas ini sebagai menu istimewa adalah Restoran Belangkas Mahkota di Kota Tinggi, Johor.

Restoran yang diusahakan oleh Abdul Hamid Musa ini turut menjadi kegemaran kerabat Diraja Johor terutama Tunku Mahkota, Tunku Ibrahim Ismail (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan nama restoran ini sendiri telah diilhamkan oleh beliau. Telur dan isi belangkas yang lemak dan manis (lebih sedap dari ketam) sememangnya menjadi menu utama pelanggan di restoran ini dan anda jangan bermimpi untuk menikmati menu ini sekiranya tiba lewat dari jam 12 tengahari…Percayalah!
                                                                                 
Untuk menyediakan masakan belangkas ini sudah pastinya memerlukan kemahiran dan kepandaian memandangkan belangkas mempunyai sejenis toksin yang memabukkan. Maka tidak hairanlah mengapa lebih ramai individu yang lebih senang mendapatkannya dalam bentuk ‘sedia dimasak’ daripada memasaknya sendiri. Paling sedap sekiranya belangkas ini dimasak asam pedas ataupun goreng bercili…Perghh!! Dan pengalaman pertama menikmati hidangan belangkas goreng bercili baru-baru ini sungguh mengujakan! Anda bagaimana? Ada berani?
                                                                                   

Ahad, Mei 09, 2010

Rumah Hijau Cafe

Kuching. Apa benda menarik yang korang fikirkan jika datang ke ibu negeri Sarawak ni? Rasanya klise dan hampir sama bagi setiap orang. Kalau nak bawa balik souvenir mungkin berpusing-pusing di sekitar ikan terubuk masin; kek lapis; pasu & tembikar; pua kumbu; tikar bemban; kraftangan atau mungkin juga barangan favourite lagi istimewa iaitu Gambir Sarawak, HeHe!

Kalau cerita pasal makanan pulak, tak banyak beza aku rasa...Yang agak special selain ikan terubuk masin & kek lapis tadi mungkin mee kolok; laksa Sarawak; tebaloi; kuih cincin ataupun mencuba makanan seafood di Topspot Food Court (Taman Kereta)...Memang superb tempat ni, tapi kena duit lebih la sikit ye! Hmm, apa lagi makanan yang ada ye...Rasanya tu je kot. Yang enak-enak aje aku kongsikan tau, yang macam ulat sagu tu ke atau ala2 makanan rancangan 'Fear Factor', minta maaf la banyak-banyak...Kembang tekak aku!

Apa pulak kena mengena dengan Rumah Hijau Cafe sebagai tajuk? Haaa, ni la yang aku nak cerita sebenarnya ni...Bagi anda yang rindukan makanan ala2 Semenanjung tapi berkiblatkan restoran mamak seperti teh tarik; roti canai; tose; nasi lemak dan seumpamanya, silalah berkunjung ke kafe ini yang terletak di 24A & 24B , Rubber Road, Kuching, Sarawak. Don't worry, makanan biasa Sarawak dah tentu la ada sekali...Waktu perniagaan malangnya hanya setakat jam 5 petang selepas ianya dibuka mulai 8 pagi. Kualiti makanan memang boleh tahan. Decoration memang menarik. Dan paling best, ianya milik Pn. Salina (Alin), geng masa belajar kat UiTM...Sebab tu la aku story, KihKih! Ambik course Architecture then jadi businesswoman. Cayalah sis, tabik spring sama lu...Go Alin Go!

Sabtu, Mei 08, 2010

Kak Su Nasi Kerabu

Tertengok pulak citer 'Nasi Kerabu Mek Bunga' kat TV2 di pagi Sabtu ni...Maka terimbau la kenangan makan nasi kerabu kat Kelantan minggu lepas...Ntah macamana la pulak bole 1st time makan then bole bungkus bawak balik lagi...Sedangkan selama ni memang tak pernah jamah pun...Memang sedap!

Mula-mula tu, diperkenalkan oleh geng2 Kelantan on the way dari Kota Bharu nak ke Gua Musang ...Di ajaknya singgah ke kedai makan Kak Su Nasi Kerabu kat Kadok ni..Tip top katanya. Ceh! Dia tak tau ke yang aku memang tak pernah jamah nasi kerabu ni sekalipun ianya memang favourite wife aku. Telah aku pertahankan prinsip itu sejak dari azali lagi...Dari kecil hinggalah beristeri, HeHe! Bubuh la warna apa pun...Merah; Hijau; Biru kat nasinya tu...Takkan dapat mengubah persepsi & ketidakgemaran aku terhadapnya...Tapi nak jaga hati, kongsi la dengan kawan, try juga la masukkan sesuap dua! 

Hmm...Ambik kau! Dari dua, tiga suap last-last tak berhenti menyuap...Memang superb! Tu aku makan lauk asas je tu, tak modified lagi dengan aksesori lain...HeHe! Tengok cara dia bakar@panggang ayam & daging tu pun dah terliur aku dibuatnya. Akhirnya, dua hari lepas tu on the way balik ke Kuala Lumpur, singgah lagi sekali kat situ...Bungkus dua; satu untuk aku, satu untuk wife aku...Nasib baik benda tu makanan, jangka hayat tak lama...Kalau tak, maunya aku bungkus 10...Satu untuk hari ini dan bakinya untuk masa depan, Wakakaka!!  Tapi dengarnya ada lagi tempat yang lebih superb...Ada ke?