@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."
Memaparkan catatan dengan label Aku/Kau/Dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku/Kau/Dia. Papar semua catatan

Ahad, Mei 16, 2010

You'll Be in My Heart



Perpisahan adalah sesuatu yang lumrah. Terjadinya ia tidak mengira siapa. Ada waktunya amat berat untuk ditangani. Ada kalanya, perlu kuat menghadapi. Perpisahan membawa makna yang mendalam. Perpisahan meninggalkan memori dan kenangan...Kepada yang pergi; buat yang ditinggalkan!

Dalam berkawan, keikhlasan adalah perkara utama. Menyandarkan harapan kepada kawan ketawa adalah langkah yang salah...Kerana tak mungkin dia bersama tatkala kita susah! Menyambut salam daripada kawan menangis adalah jalan terpilih...Kerana dia akan membantu kita untuk kembali bertatih!

Kawan yang terbaik adalah kawan yang bertanyakan masalah kita tanpa perlu kita bercerita...Kawan yang terhebat adalah kawan yang menawarkan bantuan tanpa perlu kita menagih simpati...Kawan yang sejati adalah kawan yang berkongsi semua warna; baik & buruk, senyum & tangis, suka & duka! Kawan yang sebenar adalah kawan yang berkongsi perasaan; sama-sama mencari jalan; sama-sama menyelesaikan...Serba serbi!

Aku dedikasikan coretan ini buat dua insan yang teristimewa bagi aku...Luk Luk Al Bariyah & Zamri! Kedua-duanya meninggalkan aku untuk meneruskan langkah dan percaturan mereka di alam kerjaya. Kita terus simpulkan ikatan ini biar makin kuat meskipun yang cuba membukanya akan terus berada di kiri dan kanan kita. Kita pastikan ikatan ini tersimpul rapi meskipun ikatan-ikatan lain akan terus mendatangi bersilih ganti...

Isnin, Mei 03, 2010

Sakit 'Buatan' Manusia!

Sakit 'buatan' manusia...Tajuk yang menunjukkan penyakit manusia yang sewenang-wenangnya mahukan manusia lain sakit. Tak sangka dalam dunia yang serba moden ini, masih ada lagi pembawaan zaman nenek moyang yang tetap diusung & diangkat martabatnya oleh manusia yang minda dan sanubarinya tercicir dari arus pembangunan jiwa dan pemikiran...Tergelincir dari landasan agama dan peradaban! Inilah manusia-manusia sakit yang berpenyakit dan tak akan pernah cuba untuk 'pulih' selagi mereka sendiri tidak bergelar pesakit...Atau mungkin selagi mereka tidak mati!

Sakit buatan orang adalah satu bentuk penyakit yang telah turun temurun berlegar-legar dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat Melayu...Melayu pada bangsanya dan semestinya Islam pada agamanya. Meskipun yang murtad itu telah bertambah bilangannya! Yang murtad satu hal, tapi yang Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam itu sendiri adalah satu hal yang lain. Dan ini diperkukuhkan lagi dengan yang Islam tetapi mengamalkan perkara-perkara diluar prinsip & asas Islam itu sendiri seterusnya bersatu dengan unsur-unsur khurafat, syirik & tahyul yang diterajui oleh syaitan yang direjam...Subhanallah!

Dan percayalah, penggunaan ilmu hitam ini adalah kerja-kerja majoriti orang Melayu yang kononnya Islam sejak zaman berzaman yang sukar untuk kita temui dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Paling mengkagumkan, seorang Melayu yang kononnya Islam itu bukan sahaja mendapatkan bantuan bomoh, dukun, pawang dan seumpamanya di kalangan bangsa mereka sahaja tetapi turut melangkaui batasan kaum hinggakan sanggup memohon bantuan & kepakaran dikalangan kaum Orang Asli, Siam dan sebagainya. Dan mangsanya sudah semestinya orang Melayu sendiri...Tidak syak lagi! Tak pernah lagi kita dengar bangsa kita menggunakan ilmu hitam ini ke atas bangsa lain...

Antara mangsa yang tersenarai daripada mungkin ratusan ribu mangsa seluruhnya adalah ayahku sendiri...Ini merupakan percubaan kali ketiga selepas dua percubaan sebelum ini masih mampu ditepis & ayahku kembali pulih...Biarpun memakan masa; tenaga; wang & airmata! Kini, sudah berbulan-bulan kami sekeluarga berusaha untuk mengubati derita ayah...Yang terkini dan rasanya yang terhebat berbanding yang dulu. Bermacam ustaz & pengamal perubatan telah kami semua temui. Sudah merata pelosok negeri telah kami semua jejaki. Perubatan moden di hospital biasa dan hospital pakar juga turut tidak terkecuali. Segala-galanya demi untuk memulihkan ayah dari sakit 'buatan' manusia ini...Insya Allah!

Sudah banyak bayangan diungkap, sudah begitu banyak misteri disingkap, sudah berbagai petua dan amalan diserap...Paling menarik, wajah yang 'itu' juga dizahirkan oleh kesemua yang membantu merawat sebagai si penyebab! 'Membalas' semula? Tak payahlah, dah berulangkali ayah cakap...Niatnya hanya untuk memulihkan diri biarpun api kemarahan meluap-luap...Selebihnya kepada Allah SWT ayah bergantung harap...Sememangnya kau ayah dikurniai dengan sebaik-baik sikap!

Kita teruskan berubat ayah. Moga nanti ayah akan sembuh semula...Seperti sediakala, Insya Allah!

Ahad, April 25, 2010

Bon Voyage

Hampir sebulan dia tiada di lantai 17 ini. Tiadanya dia bermakna sunyilah suasana...Tiadanya dia juga menjadikan persekitaran aku agak kurang ceria...Ruang seakan kosong walaupun bertali arus manusia lainnya berlegar di situ...Keadaannya tidak sama...Setidak-tidaknya untuk suatu tempoh! Tiada lagi drama kecoh, tiada lagi mulut kepoh...Takkan kedengaran lagi suara 'guruh', HaHa! Meskipun begitu, sesungguhnya dia memang istimewa di dalam apa pun peranan yang dibawa...Baik sebagai anak, isteri, kawan, pekerja, pegawai atasan & 1001 lagi perlambangan..Setidak-tidaknya di mata aku!

Tepat jam 10.05 pagi tadi, Ahad tanggal 25 April 2010, dia bersama suaminya telah menaiki pesawat MAS penerbangan MH004 dari KLIA Sepang ke Heathrow - London untuk menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah di UK. Alhamdulillah, dapat pula naik Kelas Pertama (1st Class)...Itulah yang dinamakan rezeki...Memang insan terpilih...Petanda baik tu, HeHe! Kepada dia yang dimaksudkan iaitu Pn. Syarifah Nuraida binti T Mohd Apandi & suami, En. Mohd. Rizal bin Osman, didoakan agar selamat pergi & begitulah jua sekembalinya nanti! Buat yang terbaik & jadi yang terbaik...Bon Voyage! 

Jumaat, April 23, 2010

(Monolog) Hanya Yang Termampu...

Sahabatku Ini Bernama HIZZAL ISMAN BIN ISHAK...Sahabatku Ini Sedang Mengalami Masalah Kesihatan...Beliau Kini Menghidapi Kanser Usus Yg Memasuki Tahap 4 & Telah Memulakan Sesi Kimoterapi...Disaat Beliau Mengumpul Kekuatan & Melawan Kesakitan, Marilah Kita Sama2 Berganding Bahu Memberikan Semangat & Dorongan, Harapan & Ihsan...Andai Kini Kedudukan Beliau Di Situ, Kedudukan Kita Masih Belum Tentu...

Memandangkan Beban Kewangan Agak Menghimpit, Menjadi Tanggungjawab Kita Untuk Membantu Barang Sedikit...Sumbangan Ikhlas Boleh Disalurkan Terus Ke Akaun Maybank Beliau, 114218000975 Hizzal Isman bin Ishak...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Akan Sesuatu, Dan Kita Berusaha & Berikhtiar Sedaya Mampu...Kita Prihatin!

Khamis, April 22, 2010

Kau Yang Bernama Sahabat

Dah lama aku tak bertemu dia...Lama jugaklah! Dulu dari zaman belajar sampailah memasuki alam pekerjaan, tak pernahlah berenggang...Memang rapat! Masa berlalu, musim berganti. Masing-masing membawa haluan sendiri...Jarak dan waktu memjadi pemisah lebih-lebih lagi selepas aku mendirikan rumahtangga. Lepas tu giliran dia pula menurut jejak. Agak lama kami terputus hubungan dan sehinggalah di suatu masa kami kembali bertemu atas urusan kerja. Tali persahabatan kembali bersambung namun kesibukan masing-masing terhadap kerjaya dan keluarga menjadikan telefon sebagai medium penghubung...Itupun jarang-jarang sangat! Jika mungkin bertemu itupun di hari lebaran. Mungkin senario ini juga turut berlaku terhadap ikatan persahabatan aku dengan sahabat-sahabat yang lain...Maafkan aku wahai insan yang bergelar sahabat...Bukan itu maksudku! Mungkin anda juga mengalami situasi sedemikian! Kita ketepikan dulu tentang itu kerana apa yang aku coretkan di sini hanyalah tentang seseorang...Seorang sahabat yang bernama Hizzal Isman Ishak!
Biarpun akhir-akhir ini kami ada juga bertanya khabar biarpun tidak kerap,aku dikejutkan dengan perkhabaran dari rakan sepejabatnya tentang masalah kesihatan beliau...Rupa-rupanya beliau sedang sakit. Sakit yang telah agak lama di deritai, dan selama itu jugalah beliau menyembunyikan dari aku. Menyembunyikan secara visual sememangnya mudah tetapi menyembunyikan dari tutur bicara & ungkapan kata sememangnya bijaksana...Itulah kesimpulan yang dapat aku buat kerana aku tak dapat menghidu kesengsaraan yang sedang ditanggungnya! Lalu menitik airmata aku di suatu pagi yang suram sewaktu aku menghubunginya sebaik sahaja perkhabaran itu aku terima...

Rabu, April 21, 2010

'Buaya' Punya Buaya!

Tergelak aku sorang-sorang dengar ungkapan tu...'Buaya' punya buaya! KihKihKih, dah nama pun buaya ye tak, camtulah perangainya...Kalau tak, takkan perumpamaan tu digunakan kat manusia untuk menunjukkan keburukan sifat! Tapi tak jadi masalah kalau buaya yang bikin, tapi kalau pelaku tu adalah manusia sudah tentulah perbuatannya tak boleh diterima...Ye ke?

HaHa, ni semua pasal gambar yang aku upload kat Facebook ni...Lepas tu aku tag kesemua budak lelaki kat opis siap dengan tajuk 'Siapa Yang Paling Baik?' Lepas tu mulalah sorang demi sorang hantar komen...Masing-masing nak jadi buaya yang paling cool; paling sopan; paling berhemah; paling pemalu dan macam2 jenis paling la...Mengaku pulak tu masing2, memang dasar buaya darat betul la...Perangai sama, habitat je yang lain, KihKihKih! Tapi betul ke semuanya buaya jantan yang kat dalam gambar tu...Aku memang la tak tau...Korang tau?

Pandu Laju? Perlu Ke?

Pagi ni memang berdesup aku memandu. Cecah 150 meter aku separuh perjalanan. Tapi sebaik melepasi Tol Sg. Besi, faham2 aje la kan...Follow je la buntut kereta yang kat depan tu sampai la pejabat. Tak payah la berangan nak cilok kiri kanan, buat pemandu lain baran je kat kita. Tak ke mana pun, ikut je barisan sediada, HaHa! macam ni la setiap pagi hari bekerja...Kejar masa, kejar punch card! Kalau difikir-fikirkan la, perlu ke tak membesit macam tu? Bayangkan dengan kelajuan 150kmj tu, tetiba pulak tayar meletup ke, kereta depan mencilok tetiba ke...Apa agaknya episod yang bakal berlaku? Perghh, selisih malaikat 44...Harap sangat dijauhkan! Tapi itulah realitinya aku dan mungkin juga pada semua pemandu yang lain...Tak boleh elak! Pegang je stereng pagi2 tu, automatik la pemanduan jadi macam tu! Semuanya angkara mengejar punch card...Itu pulak yang lebih penting dari nyawa! Ntah la...

Ahad, November 15, 2009

Luar Dari Kebiasaan?

Di suatu hari minggu tatkala seorang suami menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anaknya ketika isterinya terpaksa bekerja...Sang suami melakukan kerja2 rutin sebagai seorang suri yg pada kebiasaannya merupakan tugas total si isteri. Lalu peristiwa ini bagi sang lelaki yg lainnya dianggap suatu yg tidak sepatutnya berlaku, janggal, pelik atau mungkin jelek...Luar dari kebiasaan!

Dalam zaman moden yg penuh mencabar ini lebih2 lg hidup di kota, aku percaya bahawa sumber kewangan keluarga di jana oleh kedua-duanya, sang suami dan juga si isteri. Setiap sesen yg diperoleh adakalanya tidak mencerminkan keinginan dan kemahuan...Apa yg diperoleh semata-mata untuk memenuhi tuntutan hidup bagi merealisasikan keperluan...Bukan kemewahan! Ini zamannya manusia bekerja suami isteri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika mencari nafkah itu sudah menjadi perkongsian dan bukan lagi terbeban di bahu sang suami semata-mata, mengapa pula kerja2 'kuno' kononnya seperti memasak, membasuh baju, melipat kain, menjaga anak dll itu harus dibeban, dibiar, diserah dan dipertanggungjawabkan pada si isteri seorang diri?

Maka terpaksalah aku berpijak di bumi nyata...Teruskan kebiasaan aku walaupun pada segelintir yg lain ianya luar dari kebiasaan...Biarlah mereka berkata apa sahaja...Menarilah dan teruslah tertawa! Walaupun mungkin tawamu itu membuatkan isterimu menangis...Memendam rasa menahan guris...Melakar luka, hati terhiris! Mungkin dikau tak sedar yg airmatanya pernah menitis...

Marilah kita sang suami, lontarkan ego dan pandang sinis...Tidakkah kamu sayang padanya? Kongsi dan rentaslah bersamanya, sesungguhnya dia si Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri sang Adam!