@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Khamis, April 22, 2010

Kau Yang Bernama Sahabat

Dah lama aku tak bertemu dia...Lama jugaklah! Dulu dari zaman belajar sampailah memasuki alam pekerjaan, tak pernahlah berenggang...Memang rapat! Masa berlalu, musim berganti. Masing-masing membawa haluan sendiri...Jarak dan waktu memjadi pemisah lebih-lebih lagi selepas aku mendirikan rumahtangga. Lepas tu giliran dia pula menurut jejak. Agak lama kami terputus hubungan dan sehinggalah di suatu masa kami kembali bertemu atas urusan kerja. Tali persahabatan kembali bersambung namun kesibukan masing-masing terhadap kerjaya dan keluarga menjadikan telefon sebagai medium penghubung...Itupun jarang-jarang sangat! Jika mungkin bertemu itupun di hari lebaran. Mungkin senario ini juga turut berlaku terhadap ikatan persahabatan aku dengan sahabat-sahabat yang lain...Maafkan aku wahai insan yang bergelar sahabat...Bukan itu maksudku! Mungkin anda juga mengalami situasi sedemikian! Kita ketepikan dulu tentang itu kerana apa yang aku coretkan di sini hanyalah tentang seseorang...Seorang sahabat yang bernama Hizzal Isman Ishak!
Biarpun akhir-akhir ini kami ada juga bertanya khabar biarpun tidak kerap,aku dikejutkan dengan perkhabaran dari rakan sepejabatnya tentang masalah kesihatan beliau...Rupa-rupanya beliau sedang sakit. Sakit yang telah agak lama di deritai, dan selama itu jugalah beliau menyembunyikan dari aku. Menyembunyikan secara visual sememangnya mudah tetapi menyembunyikan dari tutur bicara & ungkapan kata sememangnya bijaksana...Itulah kesimpulan yang dapat aku buat kerana aku tak dapat menghidu kesengsaraan yang sedang ditanggungnya! Lalu menitik airmata aku di suatu pagi yang suram sewaktu aku menghubunginya sebaik sahaja perkhabaran itu aku terima...

2 ulasan:

  1. Memang perkara sebegini sering berlaku...Ianya tidak dirancang tetapi berlaku disebabkan oleh masa & keadaan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri & diluar sedar, hubungan seakan jauh biarpun diingatan tetap kukuh!

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah untuk arwah.....

    BalasPadam