@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Ahad, April 25, 2010

Bon Voyage

Hampir sebulan dia tiada di lantai 17 ini. Tiadanya dia bermakna sunyilah suasana...Tiadanya dia juga menjadikan persekitaran aku agak kurang ceria...Ruang seakan kosong walaupun bertali arus manusia lainnya berlegar di situ...Keadaannya tidak sama...Setidak-tidaknya untuk suatu tempoh! Tiada lagi drama kecoh, tiada lagi mulut kepoh...Takkan kedengaran lagi suara 'guruh', HaHa! Meskipun begitu, sesungguhnya dia memang istimewa di dalam apa pun peranan yang dibawa...Baik sebagai anak, isteri, kawan, pekerja, pegawai atasan & 1001 lagi perlambangan..Setidak-tidaknya di mata aku!

Tepat jam 10.05 pagi tadi, Ahad tanggal 25 April 2010, dia bersama suaminya telah menaiki pesawat MAS penerbangan MH004 dari KLIA Sepang ke Heathrow - London untuk menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah di UK. Alhamdulillah, dapat pula naik Kelas Pertama (1st Class)...Itulah yang dinamakan rezeki...Memang insan terpilih...Petanda baik tu, HeHe! Kepada dia yang dimaksudkan iaitu Pn. Syarifah Nuraida binti T Mohd Apandi & suami, En. Mohd. Rizal bin Osman, didoakan agar selamat pergi & begitulah jua sekembalinya nanti! Buat yang terbaik & jadi yang terbaik...Bon Voyage! 

4 ulasan:

  1. Ya Allah Payat..sedih nya aku..moga ukhuhuwah terus terjalin tanpa mengira pangkat, darjat dan kedudukan...kerana ikatan persahabatan itu dia nilanya...

    BalasPadam
  2. Terharu sungguh bila membaca coretan hati Fendy nie..terasa keikhlasannya....walaupun terlambat membacanya...tetapi air mata ku tetap menitis di bumi UK ini...sedih sungguh rasanya...

    Terima kasih Fendy...panjatkan doa kepada kami berdua di sini agar kami dapat pulang dengan kejayaan...jangan sesekali lupakan kenangan manis dan pahit sepanjang bertugas di URFN dan UDPDN...mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tingkah laku...dan jangan sesekali lupakan kami berdua...jika dipanjangkan umur..kita akan berjumpa lagi...kirim salam pada isteri dan anak2...

    BalasPadam
  3. Keikhlasan merupakan pena terbaik untuk menarikan tinta...Kejujuran adalah bisikan suara paling tulus...Yang tinggal tidak akan sesekali melupakan yang pergi...Kalian berdua tetap kami panjatkan doa tiap saat dan ketika!

    BalasPadam
  4. Errr... che pah dah lama kembali kt lantai 17... mana sambungan entry ni yat?

    BalasPadam