@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Isnin, Mei 03, 2010

Sakit 'Buatan' Manusia!

Sakit 'buatan' manusia...Tajuk yang menunjukkan penyakit manusia yang sewenang-wenangnya mahukan manusia lain sakit. Tak sangka dalam dunia yang serba moden ini, masih ada lagi pembawaan zaman nenek moyang yang tetap diusung & diangkat martabatnya oleh manusia yang minda dan sanubarinya tercicir dari arus pembangunan jiwa dan pemikiran...Tergelincir dari landasan agama dan peradaban! Inilah manusia-manusia sakit yang berpenyakit dan tak akan pernah cuba untuk 'pulih' selagi mereka sendiri tidak bergelar pesakit...Atau mungkin selagi mereka tidak mati!

Sakit buatan orang adalah satu bentuk penyakit yang telah turun temurun berlegar-legar dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat Melayu...Melayu pada bangsanya dan semestinya Islam pada agamanya. Meskipun yang murtad itu telah bertambah bilangannya! Yang murtad satu hal, tapi yang Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam itu sendiri adalah satu hal yang lain. Dan ini diperkukuhkan lagi dengan yang Islam tetapi mengamalkan perkara-perkara diluar prinsip & asas Islam itu sendiri seterusnya bersatu dengan unsur-unsur khurafat, syirik & tahyul yang diterajui oleh syaitan yang direjam...Subhanallah!

Dan percayalah, penggunaan ilmu hitam ini adalah kerja-kerja majoriti orang Melayu yang kononnya Islam sejak zaman berzaman yang sukar untuk kita temui dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Paling mengkagumkan, seorang Melayu yang kononnya Islam itu bukan sahaja mendapatkan bantuan bomoh, dukun, pawang dan seumpamanya di kalangan bangsa mereka sahaja tetapi turut melangkaui batasan kaum hinggakan sanggup memohon bantuan & kepakaran dikalangan kaum Orang Asli, Siam dan sebagainya. Dan mangsanya sudah semestinya orang Melayu sendiri...Tidak syak lagi! Tak pernah lagi kita dengar bangsa kita menggunakan ilmu hitam ini ke atas bangsa lain...

Antara mangsa yang tersenarai daripada mungkin ratusan ribu mangsa seluruhnya adalah ayahku sendiri...Ini merupakan percubaan kali ketiga selepas dua percubaan sebelum ini masih mampu ditepis & ayahku kembali pulih...Biarpun memakan masa; tenaga; wang & airmata! Kini, sudah berbulan-bulan kami sekeluarga berusaha untuk mengubati derita ayah...Yang terkini dan rasanya yang terhebat berbanding yang dulu. Bermacam ustaz & pengamal perubatan telah kami semua temui. Sudah merata pelosok negeri telah kami semua jejaki. Perubatan moden di hospital biasa dan hospital pakar juga turut tidak terkecuali. Segala-galanya demi untuk memulihkan ayah dari sakit 'buatan' manusia ini...Insya Allah!

Sudah banyak bayangan diungkap, sudah begitu banyak misteri disingkap, sudah berbagai petua dan amalan diserap...Paling menarik, wajah yang 'itu' juga dizahirkan oleh kesemua yang membantu merawat sebagai si penyebab! 'Membalas' semula? Tak payahlah, dah berulangkali ayah cakap...Niatnya hanya untuk memulihkan diri biarpun api kemarahan meluap-luap...Selebihnya kepada Allah SWT ayah bergantung harap...Sememangnya kau ayah dikurniai dengan sebaik-baik sikap!

Kita teruskan berubat ayah. Moga nanti ayah akan sembuh semula...Seperti sediakala, Insya Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan