@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Khamis, Jun 10, 2010

Kedai Makan Andri – Nasi Padang Masakan Minang

Kalau dah terlanjur ke Tg. Malim dan sampai ngam2 waktu makan tengahari, aku secara sukarelanya mencadangkan korang untuk makan kat satu kedai ni…Kedai ni kalau dipandang dari luar sahaja tanpa mengetahui keistimewaannya, toksah harap la korang singgah…Aku jamin! Kedai ni aku tak tahu tang mana silapnya, memang nampak buruk bebeno luarannya. Tapi kalau dilihat deretan kereta yang menjalar di sepanjang jalan dek kerananya, silap-silap korang ingat itu tempat jual kereta mewah sebab yang berpangkat dan berharta pun berkerumun lunch kat sini!
             
Kedai ni bernama Kedai Makan Andri – Nasi Padang Masakan Minang! Langkah aje kaki ke dalamnya, dah terbau dah aroma masakannya yang menggetarkan jiwa…Kawan aku yang mengaku tak berapa lapar tu pun nampak kebulur tiba-tiba dek penangan lauk pauk yang berbagai lagi menyelerakan!

Sebut aje segala jenis masakan kampung, semuanya tersedia kat sini...Ayam kampung; ikan baung; ikan seluang; ikan haruan; ikan keli; udang galah; ulam-ulaman & berbagai-bagai lagilah! Lauk pauk yang dimasak dalam pelbagai variasi masakan minang ni menggunakan dapur kayu betul-betul membangkitkan nafsu makan hingga jiwa tak keruan untuk memilih yang mana satu untuk dijadikan bahan santapan. Kat sini korang akan makan berhidang, sesuai dengan nama kedainya...Nasi padang, masakan Minang!

Satu perkara yang perlu ditekankan sekiranya anda berhajat untuk makan disini adalah mengenai waktu perniagaannya...Kedai makan ini mulai dibuka tepat jam 1 petang dan korang merupakan antara yang malang sekiranya menjejak kaki ke kedai ini melewati jam 2.30 petang kerana kebanyakan lauknya sudah kering dan kontang...Memang laris sesangat, percayalah! Jangan tak tau yang Mat dan Minah Salleh pun ramai gak yang berkunjung ke sini...Pakcik Anas sendiri turut menunjukkan aku keratan akhbar dan cetakan berita yang diperolehinya dari internet, yang pastinya ditulis oleh salah seorang pengunjungnya. Salah satunya boleh korang lihat di http://eatingasia.typepad.com dengan merujuk entry bertajuk Who’s Andri? bertarikh 22 Mac 2007...Cayalah!

Kepingin nak datang? Senang sesangat...Tak jauh dari Restoran Yik Mun! Begini caranya; Melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda perlu keluar di Plaza Tol Tg. Malim...Melepasi tol, ikut tanda arah untuk ke Tg. Malim, sehinggalah anda bertemu persimpangan lampu isyarat (simpang empat)…Terus sahaja ikut jalan menghala ke Slim River sejauh 2 kilometer! Anda akan temui kedai makan ini berada di sebelah kanan anda berjiran dengan Sek. Men. Keb. Khir Johari…Untuk ke kedai ni, sila buat pusingan U! Itu ajelah yang I nak beritahu U…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan