@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Khamis, Jun 10, 2010

Pau Yik Mun

Sapa la agaknya budak Cina ni? Tak pernah la pulak aku dengar nama ni? Artis ke? Ahli sukan Wushu negara ke? Ke bukan orang Malaysia? Bintang filem kung fu kot! Ish, tak la aku rasa…Kalau Wong Fei Hung tu ye la jugak, ni lain macam je ni…Ke budak satu sekolah dengan aku dulu? 

KihKih…Banyak la aku punya mukadimah… Buat-buat bodoh pulak kat situ! Saja je aku tulis camtu sebab masa tulis tajuk tadi, aku gabungkan nama makanan dengan nama kedainya…Sekali bole jadi nama Cina la pulak, HaHa! Tu yang aku create permulaan cerita macam tu…Banyak main la pulak aku kali ni!

Korang pernah dengar ke tentang pau yang famous kat Tg. Malim ni? Takkan kawan2 korang yang belajar kat Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tak pernah cerita…Atau mungkin suku sakat korang yang kerja kat kilang PROTON saja tak nak beritahu korang? Ish, Ish…Kesian! Korang tau tak ada yang datang  dari Kuala Lumpur ke restoran ni semata-mata nak makan pau ni aje…Dan ketahuilah juga bahawa restoran yang telah dibuka sejak tahun 1926 ni juga dulunya menjadi tempat persinggahan orang-orang kenamaan dan selebriti kerana kehebatan rasa paunya tu…Antaranya; Allahyarham Tun Ghaffar Baba, Allahyarham Datuk Senu Abd. Rahman, Allahyarham Tun Abd. Razak bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang, kartunis terkemuka Datuk Lat dan ramai lagi…


Kalau ada yang tertanya-tanya ini restoran Cina ke Melayu, tengok dia punya nama pun dah mampu menjawab kekeliruan korang…Tapi aku matikan pertanyaan korang tu dengan memaklumkan bahawa restoran ini telahpun mendapat pengesahan Sijil Halal JAKIM dan pekerja-pekerjanya pun adalah Melayu…Maka bangsa Melayu jugaklah yang paling ramai bertandang ke sini untuk menjamu selera! Jika korang merasakan tidak berbaloi ke sini semata-mata nak makan pau walaupun sedap, ketahuilah juga yang restoran ini turut berkembang menunya mengikut peredaran masa dan senarai makanan yang dijual di premis ini aku tunjukkan dalam gambar kat bawah…Tapi tak semua la ye!

Err, apa perasaan aku tatkala suapan pertama pau Yik Mun ini melewati tekak? Meh sini aku kongsikan dengan korang; Perghh!! Memang ho liao, HeHe! Kelembutan pau ini dengan keenakan inti kacangnya  (kacang paling sedap selain kaya & kari ayam) nyata ada kelasnya yang tersendiri…Disatukan pulak dengan kopi ala kampung, kombinasi ini sememangnya yang terbaik dari ladang, Wakakaka!!

Tertarik untuk menikmatinya? Mudah sangat untuk mengunjungi Restoran Yik Mun ni! Melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda perlu keluar di Plaza Tol Tg. Malim...Melepasi tol, ikut tanda arah untuk ke Tg. Malim, sehinggalah anda bertemu persimpangan lampu isyarat (simpang empat)...Restoran Yik Mun  'The Famous Tg. Malim Pau' betul2 berada di sebelah kanan anda, di sudut deretan rumah kedai dua tingkat...Renung-renungkan dan selamat beramal, HaHa!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan