@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Selasa, Jun 08, 2010

Telur Oh! Telur...

Telur punya cerita? Tolong jauhkan minda anda dari fikir yang bukan-bukan apabila tajuk ini yang aku pilih untuk entry kali ini. Ini adalah cerita benar yang ingin aku kisahkan dan tentunya aku tak nak ambik kisah tentang apa yang anda fikirkan mengenai tajuk tersebut. Tolong ambik kisah tentang isi cerita yang ingin disampaikan kerana sesungguhnya ia melambangkan 'keseriusan' sepenuhnnya dalam mempersoalkan tentang cerita telur yang sebenar...Cerita telur ayam! Ulang suara; Telur ayam!
                                      
Ini kisah biasa tetapi bikin hati panas apabila aku mengalaminya dua kali pada hari yang sama...Sekali di waktu pagi; dan sekali lagi di sebelah petangnya! Cerita pagi mengambil lokasi di sebuah kedai mamak...Selain roti bakar dua set yang aku jadikan pesanan utama; dua biji telur separuh masak sebagai menu sampingan selain teh tarik yang menjadi satu kemestian. Teh tarik tiba dulu tanpa sebarang masalah diikuti dengan roti bakar...Pun tiba tanpa keraguan dan boleh dimakan tanpa was was! Setelah roti bakar berbaki satu set, telur separuh masak pun menyusul melengkapkan senarai pesanan yang dibuat!

Takpe, biarkan telur separuh masak itu di tepi dulu sementara aku kerjakan si roti bakar yang satu set lagi! Selesai menelan cebisan roti bakar terakhir, detik menikmati telur separuh masak pun tiba jua akhirnya dan dimulai dengan upacara memecahkan kulit...Sudu sudah pun mengetuk telur apabila aku sedari tentang 'hiasan' yang tertera di permukaannya...Chet!! Ada najis ayam pulak dah...Hampeh! Yang itu pun direbusnya sekali! Apa lagi, dengan nada tinggi aku panggil salah seorang dari pekerja kedai tu; ‘Mamakkkkk, mari sini! Ini apa? Lu tara basuh ka? Apa macam lu meniaga? Ayo yo, ambil ini lu punya telur kasi simpan...Lu mau makan pun tara apa…Ikut lu punya suka! Kasi bil juga mari…Itu telur tak mau kira aaaaa!!!
                    
Haa, ubat dia sudah datang! Itu je penawar mujarab untuk kes-kes macam ni...Lepas tu aku masukkan kedai mamak tu dalam 'senarai hitam' aku...Usah haraplah aku nak jejak lagi! Kenapa harus aku ambil berat tentang hal ini? Ini dia dalilnya; Tahukah anda bahawa telur ayam yang tidak dibasuh dahulu sebelum dimasak atau dijadikan sebagai bahan dalam masakan atau apa2 yang sewaktu dengannya adalah dikira najis dan HARAM hukumnya dimakan? Ke masih ada yang tak tahu?

Walaupun faktanya yang dipegang itu kulit sedangkan yang nak dimakan itu isinya, cuba kita berfikir dan selusuri senario yang satu ini;  Seorang pembuat roti canai yang mana sudah semestinya dia yang menguli dan dia jugalah yang menebar...Segala-galanya! Dan apabila dia ingin mempersiapkan roti telur atau apa2 juga roti yang berasaskan telur, saya jamin dengan tangan yang berlumur minyak itu jugalah dia akan mengambil telur dan terus memecahkannya…Anda sendiri tahukan? Tak payah nak ulas panjang2...Kalau telur itu sudah sedia di basuh, Alhamdulillah! Tetapi sekiranya tidak dan ada najis ayam yang meliputinya, lu pikirlah sendiri…Dan senario ini dipanjangkan kepada para penjual burger dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya!!


Dan cerita di petang harinya pula tambah membuatkan aku rasa terpanggil untuk bercerita perihal telur ini. Telur yang aku perolehi sewaktu bertandang ke jemputan kahwin rupa-rupanya memiliki kisah yang sama dan serupa dengan kisah kedai mamak tadi...Oh tidak! Kotak yang begitu menarik lengkap dengan ungkapan indah perkahwinan tanpa disangka-sangka menyembunyikan telur yang diselaputi najis di dalamnya! Buat penat je aku usung bawa balik…Maka tong sampah jualah tempat yang terbaik untuk telur seperti itu...Terima kasih ajelah!

Bersempena musim cuti persekolahan ini, pastinya ada di antara anda yang akan memenuhi undangan pernikahan di sana sini. Maka perhatikanlah dengan teliti telur-telur yang bakal anda terima untuk di bawa pulang agar kisah sedih yang aku ceritakan di sini tidak anda alami. Atau berdoa dan berharap agar cenderahati yang diberi untuk dibawa pulang nanti adalah dalam bentuk yang lain…Bukannya telur! Kerana ini telur punya cerita agak susah mahu periksa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan