@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Khamis, Jun 03, 2010

Ikut Tekak Ke Syarak?

Tak faham aku! Nak kata tak bijak, tengok gaya memang sofistikated…Bukan calang-calang orang tu; Nak kata tak islamik, masing-masing bertudung litup…Silap-silap yang berkopiah pun boleh kita jumpa; Nak kata kurang pengetahuan, mustahil la pulak sebab sambil makan tu topik yang dijadikan bahan cerita nampak global sungguh…Bukan 1Malaysia dah tapi mencangkupi 1Dunia...Tapi tetap jugaklah tercongok kat situ, tak tahulah spesies apa diorang ni…Tapi eloklah aku gunakan panggilan sopan penuh kesusilaan pada mereka-mereka ini…GOLF boleh kot? Err, singkatan kepada Golongan Orang Lemah Fikiran, HaHa!

Malam semalam aku bertandang kat satu pusat komersil yang baru dibuka…Sederet penuh dengan premis menjual makanan…Ada KFC; McDonalds; Ayam Penyet; The Chicken Rice Shop; A&W dan dua tiga lagi termasuk Old Town White Coffee! Semua premis ni memang ramai orang, maklumlah dah waktunya untuk makan malam…Lagipun haribulan masih angka tunggal lagi, belum masanya untuk ikat perut! Dah masuk tengah bulan membawa ke hujung nanti barulah lengang sikit, HeHe!

Dari senarai premis yang aku sebutkan tadi, korang rasa premis mana yang paling ramai orang Islam masuk? Kalau ikut suara majoriti Islam, mestilah orang Islam masuk ke premis yang diusahakan oleh pengusaha Islam ye tak…Gerenti halal punya! Atau yang ada sijil halal paling tidak pun…Tiada la rasa khuatir dan ragu kan? Tapi, kalau betul ada sijil halal pun, mestilah yang dikeluarkan oleh JAKIM…Barulah benar-benar yakin, sebab agensi ini melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala! Setuju tak? Bab makan ni kena jaga betul-betul beb, maklumlah jadi darah daging…Takut pulak tubuh badan kita ni sama je tak halalnya dengan binatang yang sah haramnya tu…Aduhai!

Malangnya ramai jugak lagi yang bertandang ke tempat yang bukan-bukan walaupun diberi pilihan. Yang inilah memang aku tak faham sangat-sangat…Menyirap pun ada! Masih jugak diorang ni bersidai makan dan minum kat situ…Dah la pengusahanya bukan Islam, sijil halalnya pulak entah dari ceruk mana la datangnya! Main sedap tekak je menelan, dah tu ada yang siap bawak anak-anak lagi tu…Minda cap apa la diorang ni agaknya? Cap ayam ke?  Semberono je ikut trend KONONNYA…Tak ikut syarak takpe!


Sekarang ni memang banyak kopitiam yang tumbuh bagaikan cendawan (especially yang bukan Islam)...Masalahnya, takkan la kita dah tak ingat tentang apa yang telah diwar-warkan sebelum ini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berdasarkan rekod, hanya ada 2 kopitiam sahaja yang telah memperolehi Sijil Halal daripada JAKIM iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sendiri telah menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam dan mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tidak memiliki sijil halal JAKIM. Ada yang kesah?
                                                      
Kebanyakannya lebih senang memohon sijil halal dari IFRC, IFANCA etc sebab mudah, murah dan tak berapa kisah…Takdenya nak memantau dan membuat pemeriksaan! Senang sangat ye tak…Kalau mohon dengan JAKIM banyak hal la pulak, tak tentunya lepas lagi! Sebab apa diorang ni takut nak mohon dengan JAKIM kalau betul la diorang ni ikut syarak kan? Sudah terang lagi bersuluh dah, tak payah susah-susah…Dah tentu ada benda yang diorang tak patuh & sembunyikan! Paling kelakar, muka-muka 'pengunjung setia' ni jugaklah yang akan menyalahkan JAKIM sebab tak bertindak sekiranya premis ini 'kantoi'! Nak bertindak macamana? Tak pasal-pasal pulak JAKIM disuruh memantau dan membuat pemeriksaan sedangkan ‘sijil halalnya’ diperolehi dari pihak lain…Banyak cantik muka kau!
           
Jadi cerita banyak-banyak pun tak guna, tembak pun tak kena! Berbaliklah kita kepada soal hati & pegangan; soal halal dan haram; soal darah dan daging…Terpulang pada kita sebenarnya, kita yang tentukan! Kan ke lebih mudah kita sendiri yang memantau tekak kita? Tak susah kan? Jangan buat lawak kononnya takde pilihan…Kalau berkunjung ke Siam ke; Vietnam ke; Bali ke, pandai pulak nak cari yang halal padahal lagilah terhad pilihan yang ada! Tapi bila kat tanahair sendiri buat-buat buta, buat-buat bodoh pula…Apa nak dikata, tak dapek den nak nolong!!

Nak ajak pulak diorang ni boikot barangan Yahudi? Lebih baik tak payah…Susah-susah aje!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan