@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Khamis, Julai 29, 2010

Akukah Yang Sibuk?

Oh tidak! Semak samun dah rupanya blog aku ni...Terbiar lama tak berjenguk! Kenapa apakah? Apa ke halnya aku ni? Sibuk sangatkah aku? Kalau iye pun, apa ke bendanya yang disibukkan sangat tu? HeHe...Berbicara sengsorang pulak aku kat sini...Biul ke apa, HuHu! Dan aku kembali kali ini dengan tekad yang diperbaharui...Kembali menulis secara acapkali! Doakanlah ye, HiHi!

Pertama-tamanya, memang disebabkan aku sibuk sepanjang bulan Jun...Tu yang posting jatuh merudum tu! Nak tau apa yang aku sibukkan? KihKih...Aku sibuk dengan Piala Dunia la, apa lagi...Satu dunia sibuk tu, bukan aku sorang je tau! Dengan penuh keyakinan aku select England sebagai team favourite, sudahnya dengan keyakinan tinggi jugaklah kawan-kawan sekeliling kutuk aku berbakul-bakul! Aku tak give up, aku ambik pulak Argentina sebagai galang gantinya...Perghh, pun hampeh jugak rupanya...Sudahnya bersilih ganti telinga aku menahan desing...Ala2 telinga Nabil Raja Lawak dah telinga aku ni...Mencapang je menahan kata-kata sinis dan sindiran...Apalah nasib, HuHu! Kalau aku tahu, dari awal lagi aku ikut pilihan Paul si sotong kurita tu...Dah tentu turn aku pulak kutuk diorang memanjang...Tapi bak kata Shidee sang penyanyi tu, 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat'...Nasib! Nasib!!


Sebab keduanya, memang aku sibuk dengan tugas hakiki aku...Mencari rezeki yang halal dengan berkhidmat untuk agama bangsa dan negara sepenuh jiwa dan raga...HeHe! Maklum la kan, Ogos nanti dah start puasa dikuti bulan perayaan pada Septembernya...Sudah pastinyalah banyak kerja-kerja yang harus diberes dan dilaksana sebelum kedua-dua bulan itu tiba. Mahu tak mahu, Julai sememangnya bulan yang terbeban dengan kerja...Pendek kata selagi tak tutup mata, KERJA KERJA KERJAAAAA...Tapi tu pendek yang kata, yang panjang kata apalah agaknya ye? HiHi...

OKlah, ni je mukadimah untuk tekad yang diperbaharui kali ni...Insya Allah, berkat penggunaan V Power 97 ni, maka daya menulis aku akan deras, licin dan meluncur laju...Paling tidak pun kalau tak melebihi, menyamai prestasi yang dulu pun dah kira satu kejayaan...Tungguuuu!!!

Isnin, Julai 05, 2010

Kalimah ALLAH Di Kasut CROCS

Tak habis-habis la musuh Islam ni dengan propaganda mereka...lepas satu, muncul lagi satu! Tak dapat secara terang, bikin kerja secara halus...Yang penting bagi mereka agar matlamat tercapai!

Khamis, Julai 01, 2010

Ariel!! Ada Apa Denganmu?

Dulu aku mengenalinya menerusi lagu ‘Mungkin Nanti’. Lagu yang menyenangkan disertakan lirik yang indah menerusi bahasa mudah sememangnya sangat menarik didengar dan bingkas meraih populariti. Nama Peterpan terus dipuja ramai peminat dan sudah semestinya Ariel selaku vokalis menjadi tumpuan di mana-mana…Lagu ‘Ada Apa Denganmu’ dan ‘Di Atas Normal’ pun boleh tahan juga!
                                 
Itu dulu sekitar tahun 2004. Tahun 2010 tanpa disangka-sangka Peterpan membuat comeback dan kembali menjadi sebutan khususnya si Ariel. Malangnya, kemunculan semula mereka kali ini bukanlah kerana keluarnya album terbaru mahupun lahirnya lagu hits terkini, tetapi disebabkan tersebarnya video aksi seks Ariel bersama Luna Maya dan Cut Tari! Lantas nama Peterpan pun turut tercemar dan beroleh nama baru iaitu PeterPorn, HuHu!


Antara Bait Lirik ‘Mungkin Nanti’
‘…Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi-mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Tak usah kau tanyakan lagi
Simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
Semua rasa yang kau beri…’


Antara Bait Lirik  ‘Di Atas Normal’
‘…Pikiranku
Tak dapat kumengerti
Kaki dikepala
Kepala dikaki
Pikiranku
Patutnya menyadari
Siapa yang harus
Dan tak harus kucari…’


Antara Bait Lirik ‘Ada Apa Denganmu’
‘…Kutanya malam,
Dapatkah kau lihatnya perbedaan
Yang tak terungkapkan
Tapi mengapa, kau tak berubah
Ada apa denganmu?

Dan aku sifatku, Dan aku khilafku
Dan aku cintaku, Dan aku rinduku…’


HeHe…Saje je aku paparkan bait-bait lirik antara lagu popular dari Peterpan yang dinyanyikan oleh Ariel Peterporn. Ariel kini telahpun selamat berstirehat di dalam lokap kesan daripada kes ini setelah menyerah diri sementara Luna Maya dan Cut Tari masih disiasat. Ntah-ntah si Ariel sekarang ni tengah sibuk melayan permintaan banduan-banduan lain untuk nyanyikan lagu-lagu ni secara live depan diorang…Maklumlah, bukan senang nak dapat duduk satu penjara dengan artis terkenal, inilah masanya pun! Jangan diorang suruh Ariel lakonkan semula aksi-aksi dalam video tu dah la, Ahaks!
                                    
Namun apa yang lebih menggemparkan apabila media di Indonesia melaporkan bahawa senarai ‘permainan’ Ariel sebenarnya melebihi 30 video melibatkan artis dan model lain termasuklah Bunga Cinta Lestari, isteri kepada Ashraf Sinclair. Video tersebut dikatakan masih belum sempat beredar di pasaran dan pihak polis sedang mengumpul bukti pendakwaan! Fuiyoo, jika benarlah perkara ini memang kau superb la Ariel…Habis semua yang ngetop kat Indon tu kau sapu, HeHe! Apapun kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang andaian ye...
                    
Terkini dilaporkan si Luna Maya sudah membuang tatoo berbentuk rama-rama di pinggulnya untuk mengelakkan dirinya dari terus dikaitkan dengan kes video seks ini. Apa pulak yang sedang dilakukan oleh Cut Tari agaknya bagi ‘membersihkan’ namanya dari skandal ini. Bagi yang lain-lainnya yang turut ‘beraksi’ tapi video mereka masih belum tersebar, apalah agaknya reaksi mereka ketika ini. Tentu berdebar-debar dan berharap agar ‘keseronokan’ bersama Ariel gagal dijejaki…Dapat ke? HaHa, doalah banyak-banyak selagi boleh dan cubalah hapuskan apa-apa bukti sediada yang mungkin boleh mengaitkan diri…Pandai buat, pandai-pandailah tanggung!

Rabu, Jun 23, 2010

Jangan Hisap Fit, Jangan Buat Jenayah?

Kes Saiful Apek ditahan Polis setelah disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah melalui serbuan di Pangsapuri Sunway Court, PJS 7, Bandar Sunway sememangnya mendukacitakan. Ketika ditahan jam 10 malam, beliau berada bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman miliknya.

Pastinya berita ini memeranjatkan sesetengah peminatnya meskipun tiada yang luar biasa bagi sesetengah yang lain. Selepas seorang demi seorang, berita artis yang terbabit dengan penyalahgunaan najis ini bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi. Saiful Apek sememangnya amat berbakat, ini kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi! Cuma yang menyedihkan, bakat beliau yang mulai dicungkil selepas menyertai sebuah program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan dan berkembang apabila menyertai kumpulan lawak Senario kemudiannya, dikatakan menyerlah atas bantuan bahan terlarang ini! Ini ditambah lagi dengan suara-suara nakal di luar sana yang sesuka hati membuat telahan bahawa najis inilah yang berperanan sebagai sumber ‘inspirasi’ buat beliau ‘berkarya’ dan ‘terbang tinggi’!
 
Adilkah tuduhan ini? Jika ditinjau dari sudut penampilannya yang kurus kering; cengkung dan tidak pernah lekang dengan kacamata hitam baik siang mahupun malam; perkara ini mungkin ada kebenarannya. Tambahan lagi beliau sebelum ini pernah terlibat dengan kontroversi serupa  tetapi pantas dinafikan dengan menyatakan itu hanyalah sekadar ‘shisha’.  Menidakkan kebenaran dengan sekeping gambar masih boleh diterima...Kerana gambar masih tidak mampu menceritakan segala-galanya malah mampu mengundang tafsiran berbeza! Tetapi apabila ‘kantoi’ kali ini, apa agaknya alasan terbaik yang boleh diberi? Wallahualam...Benar atau salah, bukan kita insan terbaik untuk menentukannya!
                                      
Saiful Apek kini telah pun bebas dari tahanan reman sementara menunggu tarikh dibicarakan sekiranya disabitkan. Walau apa jua hukuman yang bakal diputuskan oleh mahkamah, nama dan kredibiliti beliau pastinya terjejas dan tercemar. Jika masih ada yang meminatinya, yang berpaling sudah tentu tinggi juga bilangannya. Peluang kedua sememangnya harus diberi, tetapi tahap penerimaan peminat pastinya takkan sama lagi! Lalu aku tersenyum sendiri apabila memutar kembali ayat-ayat wajib Saiful Apek yang seringkali berbunyi, ‘Wabillahi Taufiq Wal Hidayah…Jangan Hisap Fit, Jangan Buat Jenayah!

Rabu, Jun 16, 2010

Bersama Membangunkan Ummah Dengan Marhaban4u.Com

Marhaban Ahlan Wahsalan Bikum! Selamat Datang!! Dengan hanya RM20 sahaja anda semua layak mendapatkan download Album Bacaan Al-Quran dan Album "Mahabbah" terbaru dari Rabbani. Daftar PERCUMA dan jadilah yang terawal untuk kita bersama-sama membangunkan ummah melalui Marhaban4u.com - Rezeki Baru Anda...Insya-Allah!


Dengan hanya bermodalkan RM20, anda akan memperolehi:
  1. Website replika anda sendiri
  2. Mendapat download bacaan Al-Quran dan album terbaru Rabbani "Mahabbah"
  3. MenJANA DUIT sampingan 24jam/7hari seminggu
  4. Laman iklan percuma untuk anda promosi bisnes sendiri
  5. Dan banyak lagi.. Insentif akan dibayar sekiranya ada ahli mendaftar dan membuat pembayaran di bawah rangkaian anda, lihat jadual di bawah :  
3 LANGKAH MUDAH UNTUK MULA MENJANA PENDAPATAN

1. Mendaftar ( Daftar Online di  
http://www.marhaban4u.com/?ref=547
dan klik Pendaftaran)
  
2. Membuat pembayaran RM20
( Yuran Pendaftaran )
Selepas mendaftar ada cara-cara membuat pembayaran melalui bank

3. Mencari ahli baru ( ahli berbayar )
Gunakan referral url web anda untuk promosi atau mendaftarkan ahli baru
http://Marhaban4u.com/?ref=(id anda)

 
Jadi tunggu apa lagi?
Anda tidak akan rugi kerana modal yg diperlukan hanya RM20 saja.Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan Marhaban4u.com

Jumaat, Jun 11, 2010

Waka Waka Shakira Iringi Kuasa Jabulani; Tiupan Vuvuzela; Semangat Bafana Bafana

Secara rasminya, lagu ciptaan penyanyi pop latin kelahiran Colombia, Shakira Mubarak bertajuk ‘Waka Waka (This Time For Africa)’ dipilih sebagai lagu tema rasmi Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010. Shakira akan menyampaikan lagu ini secara langsung pada majlis pembukaan rasmi di Stadium Soccer City, Soweto diiringi penampilan khas kumpulan muzik terkenal Afrika Selatan, Freshlyground.

Seiring dengan itu, keghairahan bolasepak di planet bumi kini bermula! Fanatik bola kini tertumpu ke Afrika Selatan untuk edisi ke 19 Piala Dunia. Selama sebulan, seluruh dunia akan bersama merasai kebingitan tiupan ‘Vuvuzela’ biarpun skuad 'Bafana Bafana' diramal tidak mampu pergi jauh!
 Semestinya juga anda semua mempunyai pasukan favourite sendiri dan sokongan padu akan terus diberikan dari detik sepak mula 11 Jun 2010 sehinggalah ke tiupan wisel penamat kejohanan pada 12 Julai 2010 nanti…Paling menarik, kali ini seluruh dunia bakal menyaksikan kelibat pengadil dari negara kita yang terpilih buat julung kalinya meskipun hanya sebagai pegawai perlawanan keempat! Perasaan kita sebagai rakyat Malaysia pastinya tambah teruja apabila beliau terpilih bertugas di perlawanan pembukaan Afrika Selatan vs Mexico!

Beliau yang dimaksudkan ialah Subkhidin bin Mohd. Salleh yang juga merupakan seorang guru! Berusia 44 tahun, Subkhidin mengajar di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau menjadi pengadil mulai tahun 1990 dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa oleh FIFA pada tahun 2000…Tahun 2010 menyaksikan beliau menempa sejarah tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga untuk negara kita Malaysia!

Oleh itu, sudahkah anda bersedia melayani kuasa  ‘Jabulani’ di kaca TV? Pasukan negara manakah yang menjadi pilihan anda untuk muncul juara edisi kali ini? Bagi saya sudah semestinya England…Dulu, kini dan selamanya!

Khamis, Jun 10, 2010

Kedai Makan Andri – Nasi Padang Masakan Minang

Kalau dah terlanjur ke Tg. Malim dan sampai ngam2 waktu makan tengahari, aku secara sukarelanya mencadangkan korang untuk makan kat satu kedai ni…Kedai ni kalau dipandang dari luar sahaja tanpa mengetahui keistimewaannya, toksah harap la korang singgah…Aku jamin! Kedai ni aku tak tahu tang mana silapnya, memang nampak buruk bebeno luarannya. Tapi kalau dilihat deretan kereta yang menjalar di sepanjang jalan dek kerananya, silap-silap korang ingat itu tempat jual kereta mewah sebab yang berpangkat dan berharta pun berkerumun lunch kat sini!
             
Kedai ni bernama Kedai Makan Andri – Nasi Padang Masakan Minang! Langkah aje kaki ke dalamnya, dah terbau dah aroma masakannya yang menggetarkan jiwa…Kawan aku yang mengaku tak berapa lapar tu pun nampak kebulur tiba-tiba dek penangan lauk pauk yang berbagai lagi menyelerakan!

Sebut aje segala jenis masakan kampung, semuanya tersedia kat sini...Ayam kampung; ikan baung; ikan seluang; ikan haruan; ikan keli; udang galah; ulam-ulaman & berbagai-bagai lagilah! Lauk pauk yang dimasak dalam pelbagai variasi masakan minang ni menggunakan dapur kayu betul-betul membangkitkan nafsu makan hingga jiwa tak keruan untuk memilih yang mana satu untuk dijadikan bahan santapan. Kat sini korang akan makan berhidang, sesuai dengan nama kedainya...Nasi padang, masakan Minang!

Satu perkara yang perlu ditekankan sekiranya anda berhajat untuk makan disini adalah mengenai waktu perniagaannya...Kedai makan ini mulai dibuka tepat jam 1 petang dan korang merupakan antara yang malang sekiranya menjejak kaki ke kedai ini melewati jam 2.30 petang kerana kebanyakan lauknya sudah kering dan kontang...Memang laris sesangat, percayalah! Jangan tak tau yang Mat dan Minah Salleh pun ramai gak yang berkunjung ke sini...Pakcik Anas sendiri turut menunjukkan aku keratan akhbar dan cetakan berita yang diperolehinya dari internet, yang pastinya ditulis oleh salah seorang pengunjungnya. Salah satunya boleh korang lihat di http://eatingasia.typepad.com dengan merujuk entry bertajuk Who’s Andri? bertarikh 22 Mac 2007...Cayalah!

Kepingin nak datang? Senang sesangat...Tak jauh dari Restoran Yik Mun! Begini caranya; Melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda perlu keluar di Plaza Tol Tg. Malim...Melepasi tol, ikut tanda arah untuk ke Tg. Malim, sehinggalah anda bertemu persimpangan lampu isyarat (simpang empat)…Terus sahaja ikut jalan menghala ke Slim River sejauh 2 kilometer! Anda akan temui kedai makan ini berada di sebelah kanan anda berjiran dengan Sek. Men. Keb. Khir Johari…Untuk ke kedai ni, sila buat pusingan U! Itu ajelah yang I nak beritahu U…