@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Isnin, Mei 31, 2010

Duit Bergulung

Adakalanya sesuatu yang kita dengar itu amat susah untuk dipercayai biarpun telah ramai yang memperkatakan mengenainya. Sebolehnya, kita hanya akan percaya sekiranya kita dapat melihat sesuatu yang diperkatakan itu dengan mata kepala kita sendiri. Sememangnya ini lumrah bagi kebanyakan manusia dan aku turut tidak terkecuali…
                                            
Pengalaman melihat secara langsung duit bergulung secara sendiri apabila diletakkan di tapak tangan baru-baru ini sememangnya mengundang seribu satu persoalan dibenakku. Antara percaya atau tidak; tulen atau palsu; realiti mahupun ilusi; aku tidak punya pilihan lagi selain mengiyakan kebenarannya setelah aku yang mengalami dan melihatnya sendiri…Pasti!

Wang kertas Sukarno keluaran 1964 bernilai 1,000 Rupiah ini sememangnya misteri apabila ianya bergulung sedikit demi sedikit secara sendirinya apabila diletakkan di tapak tangan yang lurus. Dan kemudiannya apabila  kita pindahkan wang yang dalam keadaan sedia bergulung itu ke tempat lain, secara perlahan-lahan jugalah ianya akan kembali mendatar lurus sebagaimana sebelumnya. Yang misterinya, ianya hanya bergulung apabila diletakkan ditelapak tangan…Tambah misteri, corak gulungannya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain…Bahkan mungkin tiada gerakan langsung! Lebih misteri, ianya tidak akan bergulung sekiranya diletakkan di telapak tangan kiri!
                                                                                   

Dengar cerita, wang kertas Sukarno ini turut dikeluarkan dalam nilai yang lain iaitu 10,000; 50,000 bahkan 250,000 rupiah tetapi tidak semuanya yang memiliki keajaiban sebegini. Wang yang dipenuhi dengan kalimah ini khabarnya telah melalui proses zikir dan doa tertentu daripada pesantren terpilih sebelum ianya dikeluarkan untuk kegunaan umum. Khabarnya juga, wang yang telah melalui proses ini akan mempunyai banyak kebaikan kepada si pemiliknya dan diberitakan boleh menjadi pelaris bagi mereka yang arif dan tahu. Paling menarik, wang ini juga mempunyai kuasa dan kebolehan yang amat diperlukan untuk kegunaan ‘Tarik Duit’ oleh golongan tertentu…Wallahu Alam!
                                                                                  
Menyaksikan perkara ini secara langsung beserta peluang untuk merasai pengalaman ini secara nyata sememangnya tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Apapun, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…

6 ulasan:

  1. Topik yg menarik... tapi aku tak la berasa pelik sgt sbb aku sendiri pernah try duit yang dihadiahkan oleh seseorang kepada isteri aku. Mmg betul pun melengkung. - ex-brfn in dbkl

    BalasPadam
  2. Yg bestnya, letak tangan kiri langsung takde tindak balas...Kalau letak kat telapak tangan kanan pun, tindak balasnya berbeza antara satu individu dengan individu yg lainnya...Yg takde tindak balas langsung pun ada! Paling special, duit ni ramai yang cari...Sampai ada yg bawa RM5,000 cash untuk beli duit 1,000 rupiah ni!

    BalasPadam
  3. 0123551438..seribu Sukarno nak tolak

    BalasPadam
  4. 0123551438..seribu Sukarno nak tolak

    BalasPadam