@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Ahad, Mei 16, 2010

You'll Be in My Heart



Perpisahan adalah sesuatu yang lumrah. Terjadinya ia tidak mengira siapa. Ada waktunya amat berat untuk ditangani. Ada kalanya, perlu kuat menghadapi. Perpisahan membawa makna yang mendalam. Perpisahan meninggalkan memori dan kenangan...Kepada yang pergi; buat yang ditinggalkan!

Dalam berkawan, keikhlasan adalah perkara utama. Menyandarkan harapan kepada kawan ketawa adalah langkah yang salah...Kerana tak mungkin dia bersama tatkala kita susah! Menyambut salam daripada kawan menangis adalah jalan terpilih...Kerana dia akan membantu kita untuk kembali bertatih!

Kawan yang terbaik adalah kawan yang bertanyakan masalah kita tanpa perlu kita bercerita...Kawan yang terhebat adalah kawan yang menawarkan bantuan tanpa perlu kita menagih simpati...Kawan yang sejati adalah kawan yang berkongsi semua warna; baik & buruk, senyum & tangis, suka & duka! Kawan yang sebenar adalah kawan yang berkongsi perasaan; sama-sama mencari jalan; sama-sama menyelesaikan...Serba serbi!

Aku dedikasikan coretan ini buat dua insan yang teristimewa bagi aku...Luk Luk Al Bariyah & Zamri! Kedua-duanya meninggalkan aku untuk meneruskan langkah dan percaturan mereka di alam kerjaya. Kita terus simpulkan ikatan ini biar makin kuat meskipun yang cuba membukanya akan terus berada di kiri dan kanan kita. Kita pastikan ikatan ini tersimpul rapi meskipun ikatan-ikatan lain akan terus mendatangi bersilih ganti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan