@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Selasa, Mei 04, 2010

Al Fatihah Buat Aminulrasyid...

Kebelakangan ini di sana sini pastinya sibuk membicarakan tentang Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar SMK Seksyen 9, Shah Alam yang telah mati ditembak polis pada 26 April yang lalu. Allahyarham merupakan adik ipar kepada saudara MUZAFAR MAHALI, senior saya di Sekolah Tinggi Klang (1987-1991). Satu peristiwa tragis yang begitu memilukan dan telah menggemparkan seluruh negara! Al Fatihah buat Allahyarham…


Jika kita membaca akhbar2 utama dan paparan di media elektronik pada 27 April hinggalah ke hari berikutnya, pastinya anda akan dapat mengesan begitu banyak percanggahan dan pertentangan fakta di antara satu pihak dengan pihak yang lainnya waima daripada kenyataan di pihak Polis itu sendiri. Bagaimana dari mulanya kejadian itu berlaku sehinggalah cara mana Allahyarham ditemui terbujur kaku menerbitkan 1001 persoalan & tanda tanya. Dengan menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lainnya pula, anda akan dapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana di sini ceritanya jelas berlawanan dengan laporan yang disebarluaskan melalui media arus perdana...Kenapa? 


Apapun kenyataan awal pihak Polis yang mendakwa Allahyarham terlibat dalam kes samun dan jenayah sehingga menyebabkan Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selain dakwaan menjumpai sebilah parang dalam kenderaan tersebut menjadi titik mula episod ini. Tuduhan sebagai 'penjenayah' memaksa keluarga Allahyarham tampil bersuara dan menuntut keadilan & kesaksamaan demi membersihkan nama...Yang pastinya turut memalit imej dan maruah mereka!

Apapun bukanlah kita insan yang mutlak untuk bercerita apatah lagi menjatuhkan hukuman. Siasatan telah berjalan dan selain proses mahkamah, keluarga Allahyarham dan NGO's mendesak dan menyarankan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Apapun saya tertarik dengan ayat dari Ahli Parlimen Shah Alam, Sdr Khalid Abdul Samad yang berbunyi, “Bagaimana seseorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan yang dipandunya?” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan