@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Selasa, Mei 18, 2010

Dr. Azizan Osman - Hidup Luar Biasa!

Bertempat di Auditorium, Jabatan Muzium Negara tanggal 17 Mei yang lalu telah berlangsung siri Expert Talk: Kenali Potensi Diri Sebagai Penjawat Awam Berjaya yang telah disampaikan oleh Dr. Azizan Osman, yang sememangnya terkenal sebagai pakar perunding & jurulatih potensi diri menggunakan kajian tarikh lahir.

Sekalung tahniah kepada para penggerak program ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PPPM) kerana dengan usaha keras dan komitmen tinggi mereka maka program ini berjaya juga dizahirkan! Syukur juga ke hadrat Allah kerana dengan izinNYA, dalam kesibukan Dr. Azizan dengan siri jelajahnya ke seluruh negara untuk siri Seminar Hidup Luar Biasa yang sememangnya mengundang kehadiran ribuan orang, beliau sudi meluangkan masa untuk majlis sekecil ini yang hanya menghimpunkan sekadar 200 orang dan semestinya tidak memberikan pulangan 'wang ringgit' buat beliau. Terharu juga tatkala beliau memaklumkan bahawa ini merupakan tawaran pertama daripada sektor awam yang akhirnya telah beliau persetujui daripada sebegitu banyak undangan yang telah beliau terima sebelum ini. Betapa bertuahnya kita...Sungguh Luar Biasa!

Semoga apa yang beliau kongsikan tentang mekanisma mengenali potensi diri; kelemahan serta kekuatan seseorang melalui kajian tarikh akhir; juga cara bagaimana mengaktifkan getaran tarikan kekayan dan kejayaan di dalam kehidupan, dapat kita serap dan aplikasikan di dalam menempuh hari mendatang sebagai insan CEMERLANG dan POSITIF...Kita BOLEH! 

Sekadar berkongsi antara bait-bait kata HIKMAT beliau;

"Bila dah biasa dilatih susah, yang susah jadi senang..... tapi kalau dah biasa senang, yang senang jadi susah."

"Kita tidak mudah belayar menentang angin tetapi kita boleh menyesuaikan arah layarnya."

"When You STOP learning, you stop growing, when u stop growing, it means that u stop EARNING! The more you learn=the more you earn!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan