@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Selasa, Mei 25, 2010

Takkan Badi Kot?


Tergezut...Terkujat...Terkedu! Err, apa lagi perkataan yang boleh digunakan sebagai ekspresi perasaan? Punyalah bahagia dan romantik sakan di pandangan mata selama ini, tup tup keluar cerita pasangan ni nak berpisah. Tambah mengejutkan apabila lafaz cerai kali ini merupakan kali ketiga...Ish Ish, kalaulah Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan, jatuh talak tiga la nampak gayanya...

Inilah polemik yang melingkari kemelut rumahtangga Ngasriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne dan suaminya, Abdul Wafi Hassan yang merupakan finalis program realiti tarian popular, Sehati Berdansa. Perkongsian hidup yang menghampiri usia 4 tahun ini dan dikurniakan dua orang cahayamata setelah diijabkabulkan tanggal 26 Mei 2006, nampak gayanya memanjangkan lagi senarai pasangan peserta Sehati Berdansa yang telahpun menoktahkan ikatan perkahwinan mereka sebelum ini. Antaranya  pasangan Atilia-Arif; Radhi OAG-Lin dan Dira-Ash...Err, tak dapat title juara, akhirnya title duda dan janda jugak la yang disandang mereka...Terbaru, pasangan Sabrina Ali-Shahrin juga sedang dalam proses mahkamah! 

Hmm, pasangan pengacaranya pun tak kurang kontroversinya...Setelah gagal dalam hubungannya dengan Linda Onn, rantaian kasih Fahrin Ahmad yang disandarkan kepada Scha Al Yahya sebagai pengganti, juga tak ke mana...Bahagia yang dicari, kecewa jugalah yang menjenguk pandang! Kenapalah agaknya ye? Kemesraan yang dijalin di lantai tarian, rupa-rupanya menjadi pemutus ikatan kasih dan sayang...Sehati Berdansa ni ada badi ke? Haa, jaga-jaga la kepada pasangan selebriti yang berhasrat nak join Sehati Berdansa musim berikutnya...Tak takut ke?

Apapun kita doakan yang terbaik buat Anne dan Wafi...Simpati jugak kepada keluarga Ngasri Sain & Habibah Jaafar dengan perkembangan terbaru yang membadai anak-anak mereka ni...Satu demi satu! Mula2 dulu kes Ngasrizal Ngasri yang main-main SMS cerai dengan isterinya Nur Farhana Muhamad Fauri...Lepas tu kes kontroversi Ngasreen (Darling) Ngasri dengan rakan kongsinya Mohd Ridzuan Mat Husin (Wan Cromok); Terlibat pulak dengan kemalangan...Dan terkini di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan pinjaman dari RHB Bank. Adoiyai, entahlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan