@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Selasa, Mei 18, 2010

Terkenang Semasa Dulu...

Melayari Facebook di lewat petang begini, tetiba terlihat la posting dari sahabatku si Luncai...Ntah macamana benda yang suatu ketika dulu pernah juga berada dalam simpanan aku, dapat diselongkar semula oleh si Luncai ni dan di upload ke dalam FB dia...Dah tu habis dia tag semua budak-budak kelas kitorang masa kat UiTM dulu...Maka ingatan pun kembali menerawang pada saat itu...Lalu terimbaslah kenangan2 indah masa lalu...Indah ke?

Banyak peristiwa pahit dan manis melingkari perjalanan kami semua ketika masih bergelar student dulu...Berlainan latar belakang dan berbeza perilaku, ketidaksamaan itu diimbangi dengan semangat setiakawan dan persefahaman tinggi selaku tonggak kekuatan demi merentas halangan berduri. Percaturan ada waktunya terbias dari maksud; tersasar dari kehendak; bercanggah dari kebiasaan. Apapun, peradaban tetap dipegang walaupun raut ragu tetap terlontar buat sesetengah pandangan...Memang tak mudah meraih kepercayaan orang; oleh golongan pertengahan kepada   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan