@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Rabu, Mei 12, 2010

Gua Batu Madu


Kunjungan ke Kg. Batu Papan baru-baru ni sememangnya amat bermakna sekali buat aku dan kawan2. Layanan yang diberikan oleh penduduk kampung membuatkan kami terharu...Siap dengan bunga manggar & paluan kompang lagi tu…Sambutan seperti YB; Layanan ala VIP! Sikap ramah dan mesra mereka siap dengan persembahan dikir barat menerusi satu majlis ringkas dan santai merupakan satu kenangan manis & terindah yang takkan dilupakan sampai bila-bila…Terima kasih yang tidak terhingga!

Kampung yang terletak di dalam jajahan Gua Musang ini rupa-rupanya turut menyimpan keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri…Di sini jugalah letaknya kawasan rekreasi Gua Batu Madu yang sudah mula menjadi sebutan dan daya tarikan orang luar untuk berkunjung ke sini. Selain program ‘Homestay’ yang kian mendapat sambutan sehingga ke peringkat antarabangsa, kawasan rekreasi ini pula bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk sekitar dan tempatan, malahan turut didatangi oleh pengunjung luar dari Gua Musang. Keindahan alam semulajadi; sungai tempat bermandi manda; serta gua batu kapur yang tersergam indah dan berseni merupakan antara tarikan utama…Paling menarik, tentunya salah satu gua yang dijadikan surau dan dewan perhimpunan!


Kreativiti dan hasil seni penduduk Kg. Batu Papan bukan sahaja dapat dilihat melalui persekitaran kampung yang bersih dan dihias cantik tetapi menjangkau sehingga ke Gua Batu Madu ini. Tak pernah terfikir bahawa gua yang mungkin hanya terbiar di kawasan-kawasan lain, telah diubahsuai dan dijelmakan semula sebagai tempat yang boleh bertindak dwi-fungsi; menjadi tempat ibadat & juga lokasi bermesyuarat! Sangat mengujakan buat manusia seperti aku…Tabik spring sama mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan