@ Bersuara Untuk Menyuarakan Suara @ "..Berkatalah jika perlu, berbicaralah andai mahu...Susunlah kata agar sebolehnya suara yang dinukil tidak mencederakan sesiapa! Sekiranya nada itu terpaksa menerbitkan luka, maka lontarkanlah…Seandainya luka yg ditoreh itu adalah penawar & penyembuh.."

Jumaat, Mei 07, 2010

Mandi Manda Di Kalumpang

Kalumpang? Kat mana tu? Mandi manda kat situ? Ish, takde ke tempat lain…Menarik ke? Tak pernah dengar la pulak…Kalau la memang best, takkan la tak pernah dengar! Tapi sebab emak saudara dah ajak &  ramai pulak sanak saudara lain yang join, pergi aje la…Kira mini gathering la ni! Maka berkonvoi la enam buah kereta pagi tu…Pagi tak pagi sangat la, lebih kurang jam 10.30 pagi bertolak dari Subang Perdana.

Konvoi bergerak lancar melalui Guthrie Corridor Expressway (GCE) dan kemudian masuk ke lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara. Keluar di Plaza Tol Tg. Malim seterusnya melalui jalan persekutuan menghala ke Kuala Kubu Bharu. Melepasi Kg. Kerling, pastikan anda melihat papan tanda tertulis Kalampang Resort & Training Centre di Kg. Pasir Putih kat sebelah kiri. Anda akan memasuki kawasan perkampungan tradisi disusuli ladang kelapa sawit sebelum sampai ke kawasan rekreasi ini…Jarak perjalanan keseluruhan adalah sejauh 56 kilometer!

Kawasan rekreasi ini bernama Kawasan Rekreasi Sg. Inki, Kalumpang terletak di daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) di sebelah utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi,daerah ini terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan hampir menyamai keluasan Negeri Melaka. Hulu Selangor merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur. Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai 'The Sleeping Hollow' serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang.


Dan apakah reaksi saya apabila sampai ke tempat ini? Tak lain dan tak bukan ‘WOW’…Superb! Malang bagi aku kerana berasakan tempat ini tidak glamour sedangkan begitu ramai manusia mengisi hari libur mereka di situ hingga mengakibatkan kesesakan yang teramat teruk…Dengan jeram yang panjang dihiasi dengan batu batuan, lanskap ciptaan & alam semulajadi yang menarik, serta flora dan fauna yang masih tidak terusik…Rasa rimas & kusut; hingar & bingar; pusing & serabut; tekanan & kemelut, semuanya akan terurai dan terhapus di sini…Indah sungguh ciptaan tuhan…Tak tergambar dengan perkataan! Cantik menarik tertarik, memang da’ bomb!!


Selain sekadar menjadi destinasi mandi manda hujung minggu @ cuti umum, dengan kemudahan seperti kafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasi, padang dan berbagai-bagai lagi menjadikan kawasan rekreasi ini amat sesuai dijadikan sebagai tempat latihan, kursus, seminar, mesyuarat, hari keluarga dan perkhemahan. Kesemuanya tersedia untuk menerima kehadiran kita atas apa jua makud dan tujuan…


Dan kata-kata awal saya sebelum sampai di sini saya akhiri dengan ayat ini…SAYA NAK PERGI LAGI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan